Tuesday, August 23, 2011

Kisah Sahur & Berbuka : Day 23

Yeay..seminggu lagi nak raya..tak sabar rasanya nak balik kampung. Tarikh lihat anak bulan pun dah diumumkan..29/8 tengok anak bulan...insyaallah 30/8 tu kemungkinan umat islam semua akan menyambut hari raya aidilfitri..meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Mama pun dah start packing baju anak-anak..better packing dari awal. Kalau last minute nanti takut ada yang tercicir. Maklumla, perjalanan kami jauh..kebiasaannya perjalanan ambil masa 8 jam, tapi kalau musim perayaan boleh jadi 15 jam...huh...lamanya. Tapi untuk dibandingkan dengan kegembiraan orang tua bila anak-anak semua balik beraya, apalah sangat 15 jam tu kan..kami plan untuk bertolak balik kampung hari jumaat ni (hehehe..3 hari jer lagi) selepas berbuka. Harap-harap jalan tak jem sangat..risau jugak coz dengar-dengar ramai yang nak balik hari jumaat ni..semoga Allah pelihara dan selamatkan perjalanan kami.

Berbalik kepada kisah sahur...menu sahur kami di hari yang ke 23 ni adalah...jeng jeng jeng..seperti biasa lauk leftover berbuka semalam. Memang mama sengaja masak banyak, jadi sahur tak perlu nak memasak beria..just panaskan jer lauk2 tu..



Untuk juadah berbuka pula kami ke param puncak alam semata-mata nak beli ayam uncle bob. Rayyans suka sangat makan ayam ni..semalam takde lauk ayam...menangis-nangis diorang mintak lauk ayam. Jadi bila dah ke param ni, banyakla pulak lauk yang mama beli..
Ikan cencaru sumbat - RM 3.50, Ikan keli sambal - RM 2.50
Udang masak lemak cili api - RM 5.00
Ayam goreng uncle bob - RM 5.50
Rendang ayam - RM 3.00
Sardin roll and cek mek molek - RM 1.00 each type
Popia inti sayur & otak-otak - RM 2.00
Mihun goreng untuk Rayyans - RM 1.00
Bendi goreng - masak sendiri
Tu dia..penuh meja ngan lauk-pauk. Nak letak pinggan nasi pun tak muat. Nak buat macam mana, anak kami buas..tak dapat nak makan kat meja makan. Kaki meja makan dah kena ikat coz Rayyans asyik memanjat..risau diorang jatuh. Sudahnya kami makan bersila mengadap meja jepun yang ciput ini..

No comments:

Post a Comment