Saturday, August 20, 2011

Kisah Sahur & Berbuka : Day 20

Bestnya hari ni cuti..dapatla melelapkan mata selepas subuh..hehehe..jangan tiru yer..tidur selepas subuh adalah mewarisi kepapaan. Masuk ke minggu-minggu terakhir puasa ni badan rasa penat sangat...lepas isyak jer terus tumbang..cita-cita nak baca quran..tak berterawikh terbang entah ke mana dah...yang pasti lepas isyak terus lena diulit intan...berbalik ke menu sahur kami hari ni...seperti biasa menghabiskan saki baki lauk berbuka semalam. Jimat masa, tenaga dan duit..tapi bunga-bunga selera dah makin hilang...terpaksala makan dengan kicap..baru berselera sikit.
Hari ni kami mendapat jemputan berbuka kat umah aunty zeta. Jam 6 petang kami dah bertolak ke sana...disebabkan jalan yang agak sesak kami sampai ngam-ngam waktu berbuka. Kami berbuka dengan sebiji kurma dan segelas air. Waktu kami sampai tu aunty zeta belum habis setting meja..jadi kami tunggu sekejap sebelum start menjamu selera. Bila aunty zeta yang masak, of course la makanannya sedap-sedap..tak sah makan kalau tak bertambah..
Sambal udang petai diisi dalam terung goreng..thumbs up for taste n looks
Gulai siam ayam...sangat sedap..sempena puasa aunty zeta kurangkan kepedasan..takut perut meragam. Hadif & Hazim pun boleh makan...habis sepinggan nasi hasil suapan aunty Siti..
Kerabu ayam n sayur-sayuran
Cendawan goreng dikelilingi telur puyuh
Puding roti coklat
Fruits jelly : bottom layer papaya, middle dragon fruit, top mango..kat atas tu daun mint..donno how she make it
Sirap bandung soda
Hensem guy tukang bancuh air
Tuan rumah tengah potong puding roti
Everybody's bz preparing the foods
taraaaa...meja dah siap setting
Sebelum makan aunty zeta introducing the menu first
Papa with new friend
Sementara mama makan, Rayyans membizikan diri sendiri
Nah mama..tengok ni cantik
Hazim suka yang kaler merah
Main sorok-sorok belakang kerusi
Hadif..ooo Hadif..mana Hadif nyorok ni?
Apahal tu Hadif sampai angkat baju tunjuk perut?
Hadif dah tersandar kekenyangan makan nasi with gulai siam
Hadif with uncle syed mus
Sesudah makan, setelah perut kekenyangan, time to chit chat with new friends..turns out 2 orang sebelah mama tu sekampung dengan papa...what a small world..

No comments:

Post a Comment