Resipi ni dah lama mama dapat dari blog oven kecil milik kak naz. Tapi asyik bertangguh jer nak membuatnya. Hari ni ada masa free plus Rayyans peel elok skit hari ni..jadi ada chance la mama nak mengukis. Resipi yang mama dapat ni untuk satu adunan, tapi mama terus buat untuk 2 adunan. Bahan-bahan tu mama gandakan dua..dapatla banyak sikit..
Bahan-Bahan:
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
80 gm tepung kek/tepung gandum
125 gm potato starch
Cara-cara:
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko untuk dapatkan adunan perisa coklat. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit (mama simpan 30 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak (celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak paling atas (tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi perang).
Untuk 2 adunan dapatla kira-kira 200 keping biskut...hajat di hati nak buat raya tapi nampak gayanya kena buat lagi sekali. Rayyans suka betul dengan biskut ni..balang mama dah tinggal separuh jer lagi.
No comments:
Post a Comment