Pagi ni mama terbangun awal..terus panaskan leftover lauk pauk berbuka semalam. Pastu mama rebus kerang serai dan bancuh nescafe. Tunggu jam 5 pagi baru kejutkan papa bangun sahur. Ada hikmahnya time sahur ni..kami dapat berchit chat dengan tenang..ye la anak-anak semua tengah lena diulit mimpi.
Untuk berbuka kami ke param puncak alam. Disebabkan kami sampai agak lewat (sampai awal sebenarnya pastu gi beli barang dapur dulu kat econsave then baru ke param), orang dah ramai dan dah banyak lauk yang habis.
Menu berbuka petang ni adalah ayam percik, hati & limpa rendang, sambal paru dan kuih talam. Then mari kita tinjau harga semasa lauk-pauk ni semua;
Ayam percik - RM 7.00. Masa hari pertama mama beli ayam percik kat kedai yang sama dengan harga RM 5.00. Hmmm..bila laku dah naik rege rupanya. Masa beli ni tinggal 2 ketul jer lagi dalam periuk makcik tuh.
Hati & limpa rendang - RM 5.00 (RM 2.50 seketul)
Sambal paru - RM 3.00
Kuih talam - RM 2.00
char kway teow untuk Rayyans - RM 3.50
Alhamdulillah, selesai berpuasa untuk hari ke 5 dan dapat berbuka dengan makanan sedap-sedap.
No comments:
Post a Comment