Wednesday, August 3, 2011

Aksi Sebelum Tidur

Selepas berbuka malam tadi mama sibuk dengan operasi memasak puding karamel. Papa plak keseorangan melayan Rayyans. Dipendekkan cerita, Hazim asyik memanjat batang buai membuatkan papa geram. Then papa terus masukkan Hazim kat dalam buai tu. 
Yang kelakarnya, lepas papa masukkan Hazim tu dengan spontan Hadif naik katil dan start menghayun buaian tu. 
Hayun buai sambil nyanyi-nyanyi (hanya dia jer paham lagu apa yang dia nyanyi tu)..exactly sama macam mama buat bila nak tidurkan diorang...so sweet...puting pun dah tinggal hujung jer tu nak tercabut.
Bila sedar papa tengah jadi paparazzi, terus bagi pose feveret..peace no war...kiut sangatla tu gamaknya.
Over sangat menyanyi lagu ntah apa-apa, sampai tercabut puting kat mulut. Yang Hazim kat dalam buai tu pun redha jer la Hadif tolong buaikan.
Hazim kat dalam dah menjerit-jerit nak keluar. Yang Hadif plak kenmain tinggi lagi angkat buai tu. Last-last papa keluarkan juga Hazim dari buaian coz sekarang dia dah tak mahu tidur dalam buaian.
Akhirnya, tukang buai yang terlena dulu. Penat sangat kot mengerah tenaga menghayun buaian untuk tidurkan abang sendiri.
Hazim plak bila letak atas katil barula nak tidur. Lena sangat la tu sampai baju terselak nampak perut. They are such an angel. Love them so much..

No comments:

Post a Comment