Selepas balik dari intekma malam tadi, mama & papa tidurkan Rayyans terlebih dulu. Lepas tu papa siapkan basuh baju dan final packing. Mama plak sibuk mengemas rumah dan dapur, maklumlah nak tinggal rumah seminggu lebih, kenalah bersihkan apa yang patut. Selesai mengemas, mama masak ketupat sotong. Sotong tu dah 2 hari beli, tapi takde kesempatan nak masak. Kalau ikutkan hati, malas sebenarnya nak masak tapi bila difikirkan hari ni jer masa yang ada, nak tak nak terpaksa la masak gak.
Lepas masak sempatla mama & papa makan ketupat sotong tu sambil tengok cerita Law & Order SVU kat tv..sedar tak sedar, rupanya dah jam 1.30 pagi. Lambat lagi lah kami tidur malam ni. Risau gak takut papa tak cukup tidur coz malam ni nak drive balik kampung. Disebabkan tidur lambat, mama tersedar jam 5 pagi. Kelam kabut mama bangun siapkan menu bersahur. Sempatla mama masak burger simple untuk kami berdua. Cukup la sekadar untuk alas perut coz nak makan nasi dah takde selera.
Untuk berbuka pula kami ke restoran sri ttdi (lagi)....malas nak jalan-jalan kat pasar ramadhan. Lagipun nak merelaxkan diri sikit coz malam ni nak travel balik kampung.
Ayam percik - RM 6.00
Sambal udang petai - RM 10.00
Solok lada - RM 3.00
Ini kali terakhir kami berbuka kat puncak alam untuk tahun ni. Tak sabar nak tunggu hari esok, nak berbuka bersama-sama mek dan ayah.
No comments:
Post a Comment