Saturday, August 13, 2011

Padprik Seafood

Hari ni along, angah n tilah nak datang berbuka dengan kami. Tapi disebabkan las minit baru bitau nak buka sama, maka mama masak jer apa yang ada kat dalam peti tu....nak gi meround kat pasar ramadhan hujan la plak. Takpela..kita makan ala kadar jer la...resepi padprik seafood ni boleh refer kat dapur UMMI


Bahan - bahan :
300 gm sotong - kerat kecil
300 gm udang
6 biji cili padi - ketuk
3 ulas bawang merah (dihiris/dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dihiris/dimayang halus)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar sos/pes tomyam
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 batang kacang panjang (mama letak asparagus)
1/2 batang karot (hiris)
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
beberapa helai daun limau purut (dikoyak)


Cara - cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
2. Apabila kekuningan, masukkan cili padi.
3. Masukkan sos tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air.
4. Selepas menggelegak, masukkan sotong, udang, daun limau purut dan sayuran.
5. Biarkan mendidih sekali lagi.
6. Hidangkan bersama nasi putih.



Elok siap mama masak padprik ni hujan benti. Terus kami ke pasar ramadhan cari juadah tambahan.

No comments:

Post a Comment