Monday, August 8, 2011

Kisah Sahur & Berbuka : Day 8

Kejap jer dah seminggu kita berpuasa dan Alhamdulillah setakat ni mama masih berjaya bangun sahur. Pagi ni kami bersahur dengan ayam kerutub, ikan cencaru goreng sambal dan sayur campur. Kerutub tu mama masak sebelum tidur. Then ikan tu plak mama perap sebelum tidur gak. Bangun sahur mama just panaskan kerutub dan sayur kemudian goreng ikan. Perghh sedap betul makan masa panas-panas ni tambah plak ada sambal belacan yang Zeta seliman bagi before puasa hari tu. Teringat before puasa time lunch marathon makan nasi mek kelantan dengan mama jue..everyday makan nasi bungkus kuah kerutub, ayam goreng dan sambal belacan. Sanggup tu jalan kaki gi gerai mek kelate tu semata-mata nak makan..sedap dan puas hati.
Untuk berbuka plak kami ke param kat puncak alam fasa 3, tapi juadah kat situ tak berapa menarik perhatian. Then, kami ke param fasa 2 (dekat umah kami) plak..haaa..baru la celik mata sikit tengok lauk-pauk kat sini.
Malam ni kami bercandle light iftar..sebabnya tetiba time berbuka tu lalat membuat kunjungan hormat beramai-ramai kat dapur kami. Hari ni kami berbuka dengan ikan keli sambal, ayam uncle bob, ayam percik, pucuk ubi masak lemak cili api, bendi goreng berlada dan cempedak goreng.
Ikan keli sambal - RM 4.00
Ayam Uncle Bob - RM 5.50
Ayam Percik - RM 3.00
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api - RM 3.00
Bendi Goreng Bercili - RM 1.00
Cempedak goreng - RM 2.00
Spagethi untuk Rayyans - RM 3.00

Walaupun lauk banyak giler hari ni..tapi amat membanggakan sebab kami berjaya habiskan semua lauk.

No comments:

Post a Comment