Saturday, August 27, 2011

Balik Kampung

Plan asal kami nak bertolak balik selepas berbuka puasa..tetiba hari ni ada plak aral yang melintang. Selepas berbuka papa keluar sebab ada urusan yang perlu diselesaikan (urusan apa?)..hmmm...bosan sebenarnya bila perancangan yang dah diatur dari awal terpaksa diubah. Sudahnya, jam 12 malam baru kami bertolak balik. Mama dan Rayyans pun dah tertidur masa tu. Pada awal perjalanan, smooth jer..jalan tak jem langsung. Maybe sebab semua orang dah bertolak awal. Tapi masuk jer bentong, dah mula perlahan sampai la ke raub. Pastu jalan clear balik. 
Jam 3 pagi kami sampai kat Benta. Kat sini dah ramai orang berhenti rehat..nak parking kereta pun takde tempat. Papa amik peluang untuk lelapkan mata coz dah mengantuk sangat. Jam 4.30 kami jaga then terus bersahur..makan roti jer pagi ni..kedai banyak yang tutup, pastu orang ramai la plak..nk tunggu order berjanggut la nak menunggu. Lepas sahur kami teruskan perjalanan. Setibanya kat kuala lipis, jalan dah start jem. Jam 8 pagi baru kami sampai ke gua musang...perjalanan yang selalunya sejam lebih jer dari kuala lipis amik masa berjam-jam. Dari Gua musang ke kuala krai, jem lagi teruk.
Kami sampai kat kampung jam 2 petang...nah amik kau...kebiasaannya dari gua musang ke pasir puteh cuma amik masa 3 jam, tapi disebabkan hari raya dah jadi 6 jam..so total perjalanan kami balik kampung tahun ni adalah 14 jam..sekian, terima kasih. Mak dah fenat, nak tidur dulu.

No comments:

Post a Comment