Monday, August 1, 2011

Kisah Sahur & Berbuka : Day 1

Azam puasa tahun ni nak bangun sahur setiap hari. Pagi tadi terjaga jam 3.40 pagi disebabkan Hazim nak menyusu. Sambil tu, mama terus panaskan balance nasi dinner malam tadi (memang sengaja masak banyak untuk sahur terus). Lepas tu mama tidur balik. Jam 4.30 mama terjaga dan terus bangun untuk siapkan lauk sahur. Bukan masak banyak pun, just masak ikan kembung tiga rasa jer. Kuah tiga rasa tu memang masak untuk dinner..masak banyak terus untuk sahur sekali. Jadi, sahur ni mama cuma goreng ikan jer la. Hari pertama ni masih berselera untuk makan. Papa siap bertambah nasinya. Jangan tak caya....bersahur dengan salad cicah budu...sedapp..Harap2 selera sahur berkekalan hingga ke penutup ramadhan.
Untuk berbuka kami cuma 'shopping' kat pasar ramadhan untuk dapat feel bulan puasa. Pasar ramadhan puncak alam menjadi pilihan coz berdekatan dengan rumah kami. Makanan kat sini lebih bervariasi berbanding tahun lepas yang tak banyak pilihan. Tahun ni ramai peniaga yang menjual lauk pauk. Kalau tahun lepas kebanyakkan menunya adalah nasi ayam, nasi tomato, nasi ambeng dan jenis mee seperti laksa, mee kari or sup. Kali ni seronok sikit rasanya berjalan kat pasar ramadhan mencuci mata. 
Juadah pilihan mama adalah ayam percik dan pajeri nenas. Papa pula pilih asam pedas ikan kembung dan sayur pak choy manakala ikan keli sambal tu pilihan angah. Pencuci mulut pula kami beli karipap dan agar2 (gambar x sempat nak snap). Untuk Rayyans pula mama belikan meehon goreng..tapi sayangnya agak pedas sampai Rayyans tak boleh nak makan. Terpaksala mama masakkan spagethi untuk diorang.


So far, harga makanan kat pasar ramadhan kali ni agak berpatutan..harga macam hari2 biasa jer. Kita tengok harga untuk esok pulak macam mana. Kadang2 peniaga ni bila diorang tengok pembeli ramai dan jualan agak laku, sewenang-wenangnya diorang naikkan harga..
ayam percik - rm 5.00
pajeri nenas - rm 2.40 (rm 1.20 sekeping)
pak choy - rm 2.00
asam pedas ikan kembung - rm 3.00
ikan keli sambal - rm 2.50

p/s : nantikan entry sahur & berbuka mama untuk hari-hari berikutnya

No comments:

Post a Comment