Sunday, August 7, 2011

Sayur Campur

Bulan puasa ni susah sangat nak cari sayur yang menyelerakan kat pasar ramadhan. Semuanya nampak cam lemau jer. Jadi nak tak nak mama kena gak masak sayur sendiri walaupun agak rushing selepas balik kerja. Kalau takde sayur rasa macam tak lengkap plak. Lagipun, stok sayur memang sentiasa ada jer kat dalam peti ais tu. Kadang-kadang bila malas sibuk, kekeringan sayur tu kat dalam peti ais.

Sayur yang sentiasa mama beli adalah carrot, broccoli dan kubis. Bukan apa, sebab sayur2 ni lebih tahan lama. Kalau sayur yang berdaun hijau tu 2 hari kat dlm peti ais dah kecut. So hari ni mama decide masak sayur campur jer..senang dan simple dan sedap dimakan.


Sayur campur ni amatla senang untuk dimasak. Tak payah nak beresepi bagai. Just tumis bawang dua beradik hingga naik bau then masukkan segala jenis sayur yang ada. Goreng sehingga sedikit layu. Pastu masukkan garam secukup rasa. Hidang panas-panas memang membuka selera ditambah dengan sayur yang bewarna warni tu boleh menarik minat anak-anak untuk menggemari sayur.

No comments:

Post a Comment