Masakan tomyam ni asalnya dari negara jiran kita, Thailand. Mama plak asalnya dari negeri yang bersempadanan dengan Thai ni, negeri Cik Siti Wan Kembang. Sudah tentulah tomyam ni menjadi makanan ruji dari mama kecil lagi. Kalau dulu, mak-mak kita ni buat sendiri pes tomyam. Tapi sekarang dah banyak yang ready made. So, aktiviti memasak jadi lebih senang dan cepat...orang kata campak-campak jer pon sodapp..
Bahan - bahan :
1 paket rencah tomyam putih (mama pakai adabi punya)
5 ekor sotong sederhana - potong bulat
15 ekor udang
2 biji bawang besar - belah 815 ekor udang
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
1 batang carrot - potong bulat
Broccoli
Kubis
Daun limau purut
Jus limau nipis
Daun limau purut
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Cara - cara :
Masak air dan rencah tomyam putih sampai mendidih.
Masukkan serai dan bawang.
Masukkan carrot, kubis dan broccoli (jangan layu sangat).
Masukkan jus limau nipis, daun limau purut dan garam secukup rasa. j
Siap dan hidangkan dengan nasi. Psst...kalau duetkan dengan telur dadar lagi sodapp...
No comments:
Post a Comment