Petang ni mama ada jemputan berbuka kat rumah aunty zeta. Jadi hari ni mama tak perlu masak lauk pauk. Nak buat biskut oven plak takde..jadinya mama masak kuih jer la. Resipi puteri dua sebilik ni mama dapat dari blog kak azlita aziz gak..alaaa dari blog masam manis tu...tumpang copy paste resipi ye kak..
Bahan A (untuk inti kelapa):
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil (mama pakai sekeping gula merah kelantan)
3/4 cawan air
1 sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam
Bahan B (untuk 2 orang puteri)
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran
Bahan C (untuk bilik puteri)
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul
Acuan
Cara-cara:
Bahan A
Dengan api sederhana, masukkan gula merah bersama air ke dalam kuali. Biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. Kacau selalu.
Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. Sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli. Ketepikan.
Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. Sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli. Ketepikan.
Bahan B
Bahan C
Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung. Titiskan pewarna pilihan (mama pakai kaler hijau jer).
Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk. Dengan api kecil, kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil-gentil).
Masukkan bancuhan tepung ke dalam acuan yang telah diisi dengan Bahan B tadi.
Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
Acuan yang kecil tu untuk si kecil mama..satu acuan sekali makan jer..tapi the best part mama tak dapat nak keluarkan tepung dari acuan sebab intinya melekat dengan acuan. Terpaksala makan terus dari acuan tu jer.
No comments:
Post a Comment