Akhirnya sampai kita ke penghujung ramadhan. Sekejap jer Ramadhan dah nak meninggalkan kita..sayu rasanya..semoga kita semua dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan ramadhan untuk tahun-tahun yang akan datang. Ini merupakan entree terakhir berkisahkan menu sahur dan berbuka bagi tahun 2011 ni. Next entree kita crita pasal raya la plak...
Pagi ni kami sekeluarga bersahur bersama-sama..meriahnya suasana bilakami 6 beradik berkumpul..tambah-tambah lagi keluarga kami makin membesar...ditambah dengan 4 orang menantu, 7 orang cucu dan 2 orang lagi bakal menyusul...Insyaallah tahun depan bertambah bilangan anak buah mama..mak long n cik la tengah menghitung hari menerima kehadiran orang baru.
Untuk berbuka pula, kami adik beradik sepakat tak bagi mek masak. Hari ni mek boleh gantung periuk kuali. Menu berbuka hari ni semuanya made in param. Kami ke param kg raja..kat situ param dia luas..besar..byk choice..makanan sedap2..sampai kami rambang mata. Disebabkan hari terakhir puasa, masing-masing memborong sakan..bila balik umah dan gabungkan hasil borongan kami hari ni..penuh satu meja..
Tu baru kat dalam plastik..meh kita tinjau satu-satu apa yang kami borong ni..dah boleh bukak satu gerai dah gayanya..
cencaru bakar
Ayam masak merah
Kepak ayam bermadu
kerutup itik
Perut Air Asam
Ayam tempayan..beli sekor..ni separuh jer
Gulai lemak nangka
Solok lada
Kuih tako
Cara
Sagumpal (sagu gumpal)
Agar-agar
Sementara menunggu waktu berbuka, kami masak juadah untuk dihidangkan pada pagi raya. Menu pagi raya adalah nasi impit, rendang ayam dan sambal kelapa.
Selepas berbuka, kami amik peluang melayan anak-anak buah main mercun (tapi yang overnya mak bapak buah)..
Lawan mercun ngn umah sebelah..of course la mercun cina kami yang menang
Dah puas main mercun baru la kami tolong mek kemas rumah...prepare biskut raya...gosok baju...sudahnya jam 1 pagi baru boleh tidur..
No comments:
Post a Comment