Friday, August 26, 2011

Ketupat Sotong

Another specialty from my mom....ketupat sotong. Ketupat sotong ni dikategorikan sebagai dessert...sesuai dimakan untuk minum petang. Rasanya agak manis..so kepada sesapa yang bukan lidah kelantan tu kurangkanlah tahap kemanisannya yer.


Bahan - bahan :

10 ekor sotong saiz sederhana
1 cawan beras pulut
2 cawan santan (anggaran 1 biji kelapa)
1 keping gula merah kelantan
garam
daun pandan
toothpick


Cara - cara :

Rendam beras pulut lebih kurang setengah jam (beras akan kembang).

Bersihkan sotong dan buang kulitnya.

Masukkan pulut ke dalam sotong, lebih kurang 3/4 badan sotong.

Lekatkan kepala sotong ke badan dengan menggunakan toothpick (untuk elakkan pulut terkeluar semasa merebus)

Rebus sotong dengan santan. Masukkan garam dan daun pandan.

Apabila sotong dan pulut dah masak, baru masukkan gula merah. Jangan masukkan terlalu awal coz sotong akan menjadi keras (susah woo nak makan). 


Didihkan seketika sehingga gula merah cair. Pastu makan..tunggu apa lagi..


Masa mula-mula introduce ketupat sotong kat papa, papa takleh terima rasanya yang manis. Tapi lama kelamaan dah jadi feveret papa dah. 

No comments:

Post a Comment