Sejak hari jumaat Hadif tak berapa sihat. Pengasuh cakap dia asyik menangis dan takmo makan. Susu takmo minum melainkan dia dah terlalu dahaga. Puting pun langsung tak disentuh. Nak kata sakit tekak, mama tengok tekak dia ok jer. Bila mama perhatikan dalam mulut Hadif, baru perasan geraham bawah belah kiri dah berlubang. Sian anak mama...kita yang tua ni bila sakit gigi pun tak tertanggung sakitnya..apatah lagi si anak kecil. Sayu mama tengok..bila makanan masuk dalam mulut terus nangis. Dahla Hadif jenis kuat makan...bila tak dapat makan ni sure Hadif kelaparan. Bubur nasi pun dia reject.
Papa suggest masakkan agar-agar...coz agar-agar lembut dan licin jadi tak melekat dalam gigi. Belek-belek stok barang, mama decide masak agar-agar bandung jer. Simple dan cepat.
Mama pakai satu peket agar-agar serbuk, satu tin susu pekat manis dan 1 liter air. Didihkan semua bahan dan tuang ke dalam acuan. Biarkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Alhamdulillah, Hadif makan sampai 3 acuan sekali (acuan yang kecik tu yer)...lapar sangat dah kot.
No comments:
Post a Comment