Wednesday, August 3, 2011

Kisah Sahur & Berbuka : Day 3

Masuk hari ketiga berpuasa, mama dah 'kesiangan' bangun sahur. Bukan kesiangan mana pun, cuma terbangun dengan dikejutkan oleh papa. Selalunya mama tersedar sendiri jer. Papa dah siap panaskan nasi, sup dan ayam golek, leftover dari berbuka semalam. Jadi mama cuma hidang dan bancuh air milo panas. Alhamdulillah, selera untuk bersahur masih bertahan.
Plan mama untuk merayau-rayau kat pasar ramadhan terbantut disebabkan oleh kereta yang meragam di saat-saat genting. Tetiba papa call cakap kereta tak mahu hidup bila di start...aduhai..bateri buat hal lagi. Sejak tukar pakai bateri kering jenama GP Power yang tak power langsung ni asyik bocor jer baterinya. Nasib baik masih under warranty, jadi boleh tukar bateri baru FOC. Bayangkan la, 1st bateri kami tukar pada bulan November 2010. Then, Mac 2011 bateri tu bocor..tukar ke bateri baru same brand, same model. Pastu hari ni bateri tu bocor lagi. Jangka hayat bateri tu bertahan lebih kurang 5 bulan jer. Last-last papa tukar ke bateri basah jer coz dah serik nak pakai bateri kering tu plus owner bengkel tu cakap diorang dah tak jual bateri kering tu lagi disebabkan customer banyak complain pasal kebocoran bateri tu.


Urusan kereta settle jam 6 petang dan agak lambat untuk ke pasar ramadhan. Perjalanan balik ke puncak alam makan masa hampir sejam plak tu. Makanya kami tiada pilihan lain untuk mencari juadah berbuka selain dari  Restoran Sri TTDI sahaja. Kat restoran pun lauk-lauknya dah banyak yang habis, tak dapat la mama nak memilih-milih sangat. Kami beli jer apa yang ada lagi kat restoran tu. Orang lain dah borong dulu daaa...Menu pilihan kami hari ni adalah
Gulai (kari) ayam - RM 6.00
Gulai kawah (ni sikit jer..ada lg dlm periuk) - RM 8.00
Ikan bawal masam manis 2 ketul - RM 7.00
Laksam untuk Rayyans - RM 3.00
Nasi pun beli gak - RM 3.00
Sambal belacan courtesy of Zeta Seliman
Rasanya macam dah sikit jer beli lauk pauk harini, tapi still tak habis makan jugak. Jimat masa tak payah masak untuk sahur pagi esok. 

No comments:

Post a Comment