Hari ni mama bercuti sempena cuti Nuzul Al-Quran...dan hari ni merupakan hari ke-17 umat Islam berpuasa...dan bermaksud kali ke 17 kami bersahur. Alhamdulillah, setakat ni mama masih diberi kekuatan untuk bangun bersahur. Walaupun bersahur dengan lauk leftover berbuka semalam, tapi kami masih berselera untuk menghabiskan sepinggan nasi. Pagi ni kami bersahur dengan lauk-pauk berbuka semalam jer..cukupla kan...buat apa nak membazir lauk-lauk yang masih elok lagi tu.
Untuk juadah berbuka pula mama merajinkan diri untuk masak semua lauk. Waktu cuti ni jer la mama ada kesempatan untuk menunjukkan skill memasak yang tak berapa nak skill ni..heheh..bolehla setakat untuk tekak mama n papa. Hari ni papa request mama masak nasi hujan panas coz dah lama mama tak masakkan untuk papa..
Kerutup ayam
Ayam goreng berempah
Berselera sungguh makan nasi hujan panas dengan lauk pauk ni..tambah plak dengan ulam-ulaman cicah sambal belacan. Papa sampai bertambah nasinya. Yang paling terharu, Rayyans suka rupanya makan nasi ni..diorang makan nasi tanpa lauk jer...pun bertambah-tambah makannya.
No comments:
Post a Comment