Hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. Semoga amalan dan ibadah kita di bulan ramadhan diberkati yang Maha Esa. Dan hari ni jugak merupakan hari ke 12 mama berjaya update menu sahur dan berbuka kami sekeluarga. Mama akan cuba update sehingga hari terakhir kita berpuasa. Sahur pagi ni mama terbabas tidur. Jam 5 pagi papa kejutkan mama bangun sahur. Tengok kat atas meja semua dah terhidang. Papa kesian nak kejutkan mama, then papa kukus nasi n panaskan lauk lefover berbuka semalam terlebih dulu sebelum kejutkan mama. Thanks dear..
Kat ofis sepanjang hari ni amat sibuk coz kami semua menyiapkan report projek UMT. Jadinya, mama kepenatan untuk berjalan-jalan ke param. So, kami cuma beli juadah kat restoran sri bunga sahaja. Cepat dan pantas..
Ikan percik - RM 6.00
Ikan masak merah - RM 6.00
Sayur lemak pucuk manis dan labu - RM 3.00
Daging goreng kunyit - RM 4.00
Sira labu - RM 2.00
Kuih sri kaya - RM 2.00, Doughnut - RM 1.00
Donut tu mama beli kat param desa coalfield. On da way balik kami singgah kat situ dulu..saja-saja nak cuci mata. Selain donut, kami beli nasi lemak kosong untuk Rayyans dan sambal telur puyuh.
Sambal telur puyuh - RM 2.00
Alhamdulillah...kenyang kami berbuka hari ni dan yang penting lauk tu semua berjaya dihabiskan. Selamatla mama dari membazir makanan di bulan mulia ni..sesungguhnya membazir itu amalan syaitonnn..
No comments:
Post a Comment