Malam tadi selepas berbuka entah macam mana, mama rasa mengantuk sangat. Lepas isyak mama terus tumbang..meraung Hazim bila mama paksa dia tidur sekali. Disebabkan tidur awal, jam 3 pagi mama dah terjaga. So, mama terus bangun kukus nasi, kalau tidur balik takut langsung tak tersedar plak nanti. Pagi ni mama masakkan nasi goreng..dah tak lalu asyik makan nasi putih jer. Pastu mama goreng telur dadar dan panaskan balance tomyam semalam. Sedap kami bersahur hari ni.
Hari ni cuti, so mama merajinkan diri masak biskut dan kuih muih. Dari pagi mama mula buat biskut strawberry chips, agar-agar bandung dan tepung bungkus (resipi kat entry sebelum ni). Petang plak mama start masak lauk untuk berbuka. Hari ni mama masak sup tulang (lupa nak snap picture), padprik seafood, sambal tempe dan kangkung goreng belacan.
Padprik seafood
Sambal tempe feveret papa
Kangkung goreng belacan
Dah siap masak tu, papa dapat call dari angah cakap diorang nak datang berbuka kat umah kami. Sudah...lauk mama masak simple jer. Then papa ajak gi param cari lauk tambahan..risau plak takut tak cukup lauk waktu berbuka nanti. Kami ke param kat area rumah jer...dah agak lewat untuk ke param yang jauh-jauh skit ditambah dengan cuaca yang tengah hujan. Banyak jugala papa borong sementara mama menjaga Rayyans kat dalam kereta.
Ayam percik 3 ketul - RM 8.00
Ikan keli bercili - RM 5.00
Murtabak daging 2 keping - RM 5.00
Vadai - RM 2.00
Tepung pelita - RM 2.00
Bila dicampur lauk yang mama masak dan yang dibeli, rasanya dah cukup banyak untuk tetamu yang nak datang nanti. Harap-harap tetamu yang datang tu berpuas hati berbuka kat umah kami. Tapi, bila tiba waktu berbuka, diorang semua tak sampai-sampai. Mama plak jenis berbuka terus minum air dan makan nasi..kalau lambat makan jawabnya perut akan meragam. Sudahnya mama makan dulu bertemankan Hazim. Papa plak just minum air dan tunggu tetamu sampai. Jam 8.30 baru diorang sampai..rupanya athilah lambat balik sebab komuter ada masalah teknikal. Jadi yang lain-lainnya tunggu athilah sampai baru gerak ke rumah kami.
Yang datang adalah along, angah, athilah dan lelaki yang berbaju hijau yang bakal menjadi ahli keluarga baru kami nanti..insyaAllah jika dipertemukan jodoh along dan ahfahrul. Ini kali pertama Along temukan buah hati dia kat papa...mohon restu dan green lite dari papa. Alhamdulillah, rasanya papa tiada apa yang nak dibangkangkan. Semoga along dan ahfahrul cepat-cepat naik pelamin.
Ini budak suka kacau orang time berbuka puasa..walaupun dia dah kenyang..dah makan dulu dengan mama tadi...suka tau hazim ni..gitula kisah berbuka kami hari ni..sungguh meriah..dan makanan pun cukup.
No comments:
Post a Comment