Disebabkan kepenatan travel semalam, pagi ni mama tak terjaga dari tidur. Bangun sahur pun mek yang kejutkan..tu pun selepas mek siapkan makanan untuk sahur (bertuah punya anak)...pagi ni kami sahur dengan lauk pauk balance berbuka semalam. Lagipun mek & ayah jenis yang tak selera makan time sahur. Ayah cuma bangun minum air jer. Mek plak just makan 2, 3 suap nasi jer..yg lebihnya mama & papa yang makan x henggat...
Petang ni maklong, pakda & ciknik tiba kat kampung. Jadi, hari ni kami semua berpeluang berbuka puasa sama-sama..rasanya dah agak lama (3,4 tahun) kami adik beradik tak dapat berkumpul beramai-ramai.
Menu berbuka hari ni semuanya hasil air tangan bondaku...ada ikan tongkol masak singgang, ayam masak merah, kari ayam, ayam goreng, kerabu, solok lada n ulam-ulaman. Meriah sungguh bila semua berkumpul..penuh dapur nenek..nasib baikla dapur nenek luas.
acara menghidang
Masing-masing mengambil tempat
Hadif pun nak berbuka sama
Pose dulu sementara tunggu azan
Syukur ya Allah..Kau kurniakan kami keluarga yang bahagia..semoga ikatan kekeluargaan dan kasih sayang kami berkekalan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment