Salam Ramadhan semua..alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah puasa. Syukur juga kerana mama masih berpuasa penuh setakat ni (harap-harap dapat puasa penuh sebulan). Kawan-kawan ada yang dah tinggal puasa ke? Bila kat opis sekarang mengantuk sangat..nak-nak waktu tengahari. Alangkah bestnya kalau dapat tidur sekejap. Rutin tidur sekarang dah berubah..dah kurang 2 jam time tidur. Kalau dulu cuma bangun untuk buat susu anak..tp sekarang kene bangun buat susu anak beserta masak untuk sahur. Time bangun sahur adalah 4-6 pagi..pastu sempat lagi sambung tidur setengah jam sebelum bersiap ke tempat kerja. Tapi itulah pengorbanan yang amat seronok mama lakukan..semoga Allah merahmati setiap apa yang mama kerjakan.
Panjang plak intro...terus ke agenda sebenar untuk cerita pasal menu bersahur. Pagi ni mama cuma bangun kukus nasi dan panaskan lauk-pauk yang langsung tak bersentuh masa berbuka semalam. Kami bersahur dengan daging lemak cili api, puyuh goreng berempah dan pari bakar. Kenyang...alhamdulillah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Haaa..tu dia juadah berbuka kami hari ni...sampai tak muat meja kecik kami. Balik dari opis kami singgah kat restoran sri ttdi coz mama mengidam nak makan lala. Alhamdulillah...dapat gak beli lala masak merah tu. Pastu mama beli kari ayam dan solok lada. On da way balik, papa cakap nak singgah pasar malam dulu nak cari stok barang dapur. Dah sampai pasar malam tu, sempatla mama beli kuih tepung pelita dan nasi kukus ayam berempah. Balik rumah, pengasuh Rayyans plak bagi mee goreng...murah rezeki kami hari ni.
Lala - RM 7.00
Kari ayam - RM 4.00
Solok lada - RM 3.00
Nasi kukus ayam berempah - RM 4.00
Tepung pelita - RM 2.00
Mee goreng pemberian umie (pengasuh Rayyans)
Pemanis mulut pemberian opis papa
Rayyans yang suka kacau mama menghidang makanan
No comments:
Post a Comment