Wednesday, August 17, 2011

Apam Yang Tak Dot Dot

Cam gempak tajuk tu kan..alkisahnya mama dapat resipi apam dot dot ni dari dapur Kak Azlita Aziz Masam Manis (thanks yer)..sekali tengok cantik jer apam yang dia buat. So mama pun tergerak hati nak masakkan apam ni bagi anak-anak mama rasa. Sekali lepas kukus, dot dot nya tak menjadi...entah apa silapnya..ke mama letak pewarna tak cukup terang?

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 g tepung gandum
220 g gula halus
150 g susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (mama pakai strawberry)
Pewarna (mama pakai kuning dan merah)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksima selama 6-8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (mama pakai sudu jer).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam acuan lompang.
Picitkan filling strawberry secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. 
Kemudian dot dot kan dengan warna kontra atas permukaan (konon-kononnya nak buat corak sekali tak menjadi)
Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Balut penutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus. (Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana sahaja untuk mengelakkan apam kembang mekar).
Selepas kukus, corak kat permukaan langsung tak kelihatan. Warnanya juga tak menarik perhatian. Mungkin mama kena terangkan lagi warna adunan tu kan..

No comments:

Post a Comment