Wednesday, October 17, 2012

Menu Dinner Sepanjang Minggu

Menu dinner setiap malam especially di hari bekerja adalah masakan berasaskan mee. Rayyans dah start makan dengan betul. Jadi setiap hari mama kena masak. Kalau tak, memalam mintak mihun goreng. Nak tak nak, mama kena masak juga. Tapi nak masak nasi agak complicated. Coz nak kena masak nasi, pastu masak lauk pauk sekali. Lagipun kalau masak nasi, Rayyans tak nak makan sangat. Lainlah kalau mama masak berasaskan mee, memang laju jer makan. So nak senang cerita, every day mama akan masak mee dan rotate menunya. Tapi pelakon utamanya tetaplah mee atau mihun.

Hari isnin mama masakkan mee sup.

The two yang excited dan tak sabar nak makan sampai panjat atas meja.

Haishh...nak tunggu mama hidang lambat sangat. Amik sendiri jer la. See...nampak tak muka diorang yang excited bila nampak mee? Cuba kalau letak nasi kat atas meja tu, sure takmo duduk dekat. Mama kena kejar untuk suap nasi tu. Tapi kalau mee tak payah susah-susah, diorang pandai makan sendiri.

Selasa, menunya adalah mihun goreng.

Dah pelbagai jenis mihun yang mama try masak, turns out Mihun Cap Siam adalah yang paling diorang suka.

Kalau mama masak pakai mihun ni, mama perasan yang diorang akan makan banyak. So sekarang, stok mihun kat rumah cuma mihun cap siam jer ya.

Rabu, seafood spagethi. Seafood dahla penyumbang kolestrol, masak tabur lagi cheese kat atas tu. Hmmm...nak makan sedap punya pasal.

Salad sebagai side dish.

Khamis, mama buat home steamboat. Bahan-bahan steamboat adalah sayur, tomato, kepah, udang, sotong, sosej dan maggi.

Sup steamboat...just tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Pastu masukkan air dan lobak putih. Then mama letak 1 ketul kiub ikan bilis. Bila dah mendidih transferkan ke dalam rice cooker. Tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Rayyans dah tak sabar nak makan. Curi-curi makan maggi tu.

Tunggu mama panaskan bahan-bahan ni dulu yer. Asalnya cuma letak 2 bungkus maggi, tapi tak cukup. Tambah lagi satu bungkus. Anak-anak dah start makan banyak.

Jumaat, mama goreng mee dan ada hidangan sampingan, popia goreng. Ini adalah popia frozen yang mama beli dari kawan mama jue.

Selepas makan mee, dok makan popia plak. Rayyans memang suka makan benda-benda yang rangup. 

Itulah menu dinner kami yang serba ringkas. Janji anak-anak makan dengan berselera dan dapat kenyangkan perut diorang. Mama n papa pun kena makan apa yang anak suka makan.

No comments:

Post a Comment