Tuesday, October 16, 2012

De Palma Cafe

Jumaat lepas gegurls kat opis keluar lunch beramai-ramai (xde ramai manapun. dah tinggal 4 orang jer sekarang). Kami ke SACC Mall. Tujuan utama adalah untuk ke Anakku, beli hadiah untuk baby Mas, Aleesya Damia. Wiken ni kami plan nak pergi lawat Mas dan babynya.

Sebelum ke agenda utama, haruslah isi perut dulu. Karang gigil lutut kelaparan tak boleh nak concentrate pilih hadiah (alasan kukuh). Kat SACC ni kalau hari jumaat memang susah nak cari tempat makan. Semua full house. Yang available cuma kat De Palma Cafe ni. Ada promosi makanan kelantan. Haruslah mek tergoda.
Selain makanan kelantan macam nasi kerabu n nasi dagang tu, ada gak menu-menu lain kalau nak order. Western food pun ada. Tapi masa penyediaannya amik masa la sikit. Kalau order yang dah ready made tu cepat boleh makan.
Mama ngan eld order nasi kerabu. Harga satu set RM8.90. Ada keropok, telur masin dan daging bakar. Rasanya memang sedap. Pastu harga takdelah melampau mahal gila nak mam***.

Set nasi dagang ni harganya RM9.90. Pun sedap jugak. Gulai ikan tongkol ni kuahnya pekat. Terasa badan melayang balik kampung bila makan..boleh gitu??

Mama jue plak sebelum keluar tadi dah makan nasi lemak. Masih kenyang katanya. Tapi tak tertahan bila tengok kami makan. Then order mee rebus. Tapi rasanya agak kurengg...not their specialty.

Penambah lemak-lemak kat badan...ice mocha blended for me n mama jue. Haishh..apa nak jadi ngan mak-mak orang ni. Suka sangat makan dan minum yang berlemak. Harga ice mocha blended ni RM7.

Kak hanim minum green apple blended (RM7). Eld plak tetap setia dan peminta tegar kafein order  nescafe tarik.

Bila perut dah kenyang barulah ada tenaga nak memilih hadiah baby damia tu. Harap-harap Mas suka dengan hadiah kami dan semoga dapat diguna sebaik mungkin oleh damia nanti.

No comments:

Post a Comment