Tuesday, October 30, 2012

Our First Colouring Book

Hi aunty-aunty seme. Hari ni kami take over blog mama. Mama penat dan tak sihat nak menulis. Jadi hari ni Hazim dah Hadif jer yang bercerita. Kali ni kami nak cerita tentang our first colouring book. Alkisahnya, selepas balik dari kampung, kami ke Econsave. Mama nak beli barang dapur. Masa kat dalam econsave tu, bila tiba kat area permainan kanak-kanak, Hadif menjerit sekuat hati minta buku.

Mama belikan kami buku mewarna Ultraman. Kami suka sangat. Sebab kami memang minat dekat ultraman. Pastu mama belikan juga crayon untuk kami kaler buku tu nanti.

Bersemangat kami kaler buku tu. Satu malam jer dah siap. Walaupun kami kaler tak berapa cantik, tapi mama cakap kami kaler cantikkkkk sangat. Tq mama.

Tapi kami nak minta maaf kat mama sebab selepas kaler satu buku, kami dah patah-patahkan crayon tu. Mama marah. Mama buang semua crayon dalam tong sampah. Huhuhu....tapi kami dah minta mama belikan yang baru. Mama say NO. Padan muka kami berdua.

No comments:

Post a Comment