Monday, October 22, 2012

Nasi Ayam Gemas

Petang ni dating berdua ngan papa kat Restoran Nasi Ayam Gemas. Papa request nak makan nasi. Dah naik bosan katanya setiap malam asyik makan mihun goreng jer. So mama ikut kan jer la. Untuk Rayyans kami bungkus jer mihun goreng. Malam ni mama boleh relax dari bersilat kat dapur.

Kat sini bukan hanya ada menu nasi ayam sahaja, masakan lain yang panas-panas pun ada. Kebiasaannya setiap kali kesini kami mesti order nasi ayam. Tapi kali ni nak ubah selera skit la. First time order masakan panas.

Tujuan papa nak makan nasi, of courselah order nasi kan. Papa order nasi goreng ayam. Taste? Biasa-biasa jer.

Mama plak order mee kungfu. Konon nak lari dari makan mee, meehoon dan yang seangkatan, tapi bila datang sini order jugak mee. Hmmm...tapi mee sedikit masin.

I think next time, i just stick to nasi ayam. Dah terbukti nasi ayamnya sedap. Masakan panasnya plak tak berapa nak kena ngan tekak mama.

No comments:

Post a Comment