Monday, October 22, 2012

Konsert Amal

Malam tadi mama bawak Rayyans untuk tengok konsert...first time dalam hidup diorang ni tengok live orang menyanyi. Bukan konsert besar pun cuma konsert amal dan makan malam yang dianjurkan oleh Rumah Anak Yatim Al-Munirah. Artis jemputan adalah Iwan dan kumpulan UNIC.

Sejak mama terlibat dengan projek pembinaan dewan untuk Anak yatim ni, mereka tak pernah lupa untuk jemput mama jika ada apa-apa event kat sini. Kebetulan kami tak ada apa-apa acara malam ni, so kami dan mama jue sekeluarga turut serta memeriahkan majlis.

Konsert start pukul 9 malam, tapi kami sampai setengah jam awal. Masa tu orang tak ramai lagi. So kami terus makan malam. Alang-alang orang tak ramai lagi ni bolehlah makan dengan tenang. 

Lauknya simple jer. Ada ayam goreng n kari kambing. Simple tapi sedap masakannya. Kalau tak masakan laki ai makan bertambah. Rayyans pun makan banyak gak.

Lepas makan kami terus masuk dewan. Terkebetulan masa masuk tu mama terserempak dengan Hj Faisal, AJK persatuan anak yatim al-munirah ni. Terus Hj Faisal suh kami amik saf depan.....depan sekali koooo....

Konsert dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahfiz Al-Munirah. Time ni memang Rayyans kusyuk mendengar dan melihat. Diorang tu memang suka tengok orang main kompang.

Iwan adalah artis pertama yang menyanyi. Time ni Rayyans dah takmo duduk diam dah. Lain betul penampilan Iwan sekarang ni. Jauh berbeza dari zaman dia menyanyi lagu dangdut dulu. Sekarang dia dah berhijrah, dah tukar imej. Nyanyi pun cuma lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan. Alhamdulillah.

Then Kumpulan UNIC gilir-gilir buat persembahan dengan Iwan. Ada lagu yang familiar kat telinga mama tapi sumpah sebelum ni tak tau pun pasal kumpulan nasyid UNIC ni...hmmm...nampak sangat tak layan lagu nasyid kan...

Konsert habis dalam pukul 11 lebih. Pengakhirannya, kami satu dewan beramai-ramai berselawat ke atas Nabi. Rasanya dah lama gila mama tak involve dengan majlis macam ni. Majlis yang penuh dengan keagamaan. Rasanya last time berselawat ramai-ramai adalah waktu sekolah menengah dulu, kat MRSM. Lama gila...forgive me....

Pas habis konsert tentulah acara bergambar dengan artis. Tu pun terkejar-kejar. Dah namanya artis haruslah ramai peminta. Gambar pun tak berapa nak clear. Janji ada wat kenangan cukuplah.

Especially kenangan untuk si Hadif ni. Artis cubit pipi tuu...

Lastly, bergambar dengan UNIC. Orang lain ada CD nak mitak autograph, tapi kami sibuk dok bergambar kat belakang. So far, sesekali mendedahkan anak-anak dengan aktiviti luar amatlah mengujakan...fenatttt mak dok mengejar diorang turun naik stage.

No comments:

Post a Comment