Saturday, October 27, 2012

Sahaja Aku Melakukan Ibadah Korban

Raya kedua baru kami buat korban sekor lembu. Mama, tok ayah, moyang, pakda, paksu mat dan mak long buat ibadah korban manakala cikla buat akikah untuk Arissa. Alhamdulillah, cukup 7 bahagian lembu untuk kami sekeluarga. Daging lembu tu nanti akan dijadikan lauk kenduri kahwin ciknik. Entry ni penuh dengan gambar-gambar lembu. Jangan plak nanti ada yang komen takut ke, kejam ke apa...

Inilah lembu jantan yang akan dikorbankan. Lembu ni dah buat sedikit drama pagi ni. Dia dok meragam sebab tok ayah bawak pergi lagi sekor lembu yang betina. Lembu jantan ni asyik dok merengus jer la. Risau mama takut tok ayah kena tanduk ngan lembu jantan ni. Last2 bila gi amik balik lembu betina, ikat dekat pokok berdekatan, barulah lembu jantan ni diam. Hmmmm...nak dekat ngan awek rupanya.

Selepas urusan jual beli bahagian lembu selesai, barulah lembu ni disembelih. Jiran-jiran kat kampung bersama-sama menolong menumbangkan lembu. Kemudian tukang sembelih, cikgu mat menjalankan kewajipan menyembelih lembu ni.

Sebelum warga lelaki meneruskan kerja-kerja melapah dan memotong daging lembu, mereka dijamu dengan pulut kuning, mihun goreng dan pulut kelapa untuk sarapan pagi. Bagi perut kenyang dulu then baru boleh bekerja dengan semangat.

Mula-mula, acara melapah kulit lembu. Melapah ni kena buat dengan hati-hati supaya tidak terpotong daging lembu. Kulit tu selalunya ada orang akan beli untuk dibuat kulit kompang.

Lembu yang telah dilapah kulitnya. Kalau sesapa yang tak sampai hati nak tengok, jangan baca ya.

Kemudian lembu ni dipotong ke bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk memudahkan urusan memotong daging.

Mereka semua bertungkus lumus memotong daging secepat mungkin coz selepas ni nak kena masak gulai kawah pulak. Masa yang ada amatlah terhad. Jemputan akan mula datang pukul 11 tengahari. So gulai tu nak kena masak sebelum pukul 11.
 Sebahagian dari daging yang telah siap dipotong.
Orang kuat belakang tabir. Ni bukti kerja kuat ni. 
End product. Gulai kawah ready untuk dihidang kepada tetamu majlis.

No comments:

Post a Comment