Monday, October 22, 2012

Weekend's Activity

Dah berlalu pun wiken. Tak sabar nak tunggu wiken lagi coz this wiken more special. Sebabnya dah nak raya. Mama tak sabar nak balik kampung. Mama akan bercuti dari 25 hingga 30 oktober. Its a longggggg wiken for me. So blog tak berupdate la jawabnya sepanjang minggu depan. Kalau kat kampung tu bz memanjang. Dapat buka Fb pun kira ok dah.

Yang buatkan mama lebih excited menunggu raya haji adalah sebab these 2 people akan naik pelamin. Insyaallah pada hari raya kedua. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga rumahtangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu doa mama buat adik-adik mama yang terchenta.

Lets put aside coming wiken punya story. Kita fokus kepada last wiken punya story dulu. Sabtu lepas kami ke jusco rawang, tujuannya nak cari baju untuk Rayyans sempena kenduri cik nik nanti. Katanya nak kena pakai baju sedondon kaler pink. So haruslah mama mencari baju baru ye dak?? Mama prefer kalau nak bersopping kenalah hari sabtu. Sebab hari ahad tu mama nak dok bermalas-malasan kat rumah jer. Tapi yang tak best shopping hari sabtu takde plastik bag.

The two ni, kalau ke jusco tak sah kalau tak singgah kat Wai Wai Park. Suka sangat main kat sini. Padahal bukan ada banyak mainan sangat pun. Tapi diorang enjoy bila kat sini ramai kawan-kawan. Tapi yang tak bestnya nak berebut mainan. Kalau dah masuk sini, jawabnya susah la nak ajak keluar selagi diorang tak puas main. Hari ni melayang RM28. Tapi tak kisahnlah....janji anak-anak mama happy.

Dan mama pun happy jugak. Dapat bawa balik handbag idaman hati. Beg baru untuk raya haji uolss. Melayang lagi RM kat sini. Baju pink Rayyans lupa plak nak snap gambar. Amboiii hover mama...dah dapat handbag baru terus lupa baju anak.

No comments:

Post a Comment