Tuesday, October 16, 2012

Aktiviti Dua Beranak Selepas Hujan

Sepanjang hari ni hujan jer. Balik dari rumah Mas, Rayyans tidur dalam kereta. Bila sampai kat rumah Hadif terbangun. Hazim plak syok continue tidur dalam cuaca yang sejuk ni. Keadaan cuaca yang mendung ni sesuai sangat untuk berkebun.

Mula-mula tu mama just minta tolong papa alihkan bunga ros dan lagi satu tu tak tau bunga apa ke dalam pasu lebih besar. Kesian plak kat bunga-bunga ni tersiksa dalam pasu kecil.

Bunga mama dah berpindah ke rumah yang baru. Barulah selesa diorang nak membesar dan membungakan diri dengan lebih banyak lagi. Membungakan diri? ada ke perkataan tu? lantaklah.

Alang-alang tangan dah kotor, papa bersihkan sekali pokok-pokok yang sedia ada kat rumah. Pokok cili yang mama beli dulu ni memang rajin berbuah. Setakat ni tak pernah putus lagi buahnya. Cuma mama jer yang jarang petik sampai cili tu dah kering.  Biji cili yang kering ni dah siap bercambah jadi anak benih yang baru.

Anak-anak benih cili ni dah berjaya ditransferkan ke dalam bekas lain. Actually banyak lagi anak benih tu, tapi kami kehabisan tanah plak. Buat jer mana yang terdaya dulu. Lain kali kalau ada masa baru nak gi nursery beli tanah.

Sebagaimana sibuknya papa, si Hadif pun menyibuk sama. Mama suruh tidur dia takmo. Konon nak tolong papa berkebun.

Last-last main jer yang lebih. Tengoklah betapa excitednya muka Hadif dapat main tanah.

Bila tengok tangan dia dah kotor, pandai-pandai buka air nak basuh. Habis satu badan basah. Kesudahannya main air jer yang lebih.

Sementara papa dan Hadif berkebun, mama masakkan roti daging ni sebagai upah. Hujan-hujan ni pekena teh o limau yang mama beli kat Cameron hari tu memanglah heaven. Mama guna roti wholemeal. Sapu dengan mentega. Intinya mama masakkan sambal daging cincang. Pastu bakar dalam oven.

Dah siap taman mini mama ni. Walaupun tak segah mana, tapi cukuplah untuk rumah kami ni.

2 comments:

  1. cantiknye..mcm ne rose boleh berbunga macam tu? letak baja ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya letak baja bunga. Kebetulan masa ni musim hujan. Jadi segarlah bunga ros ni. Tapi makin lama bunga yg keluar tu makin kecil. Cuaca panas tak berapa sesuai kot dengan bunga ros

      Delete