Thursday, October 11, 2012

Menyejukkan Diri Di Cameron Highlands

Wiken lepas kami satu keluarga bercuti kat Cameron Highlands. Plan las minit, tetiba mama rasa penat dan perlukan cuti. So papa suggest ke Cameron. Tak dekat, dan tak jauh sangat lokasinya. Mama suka je bercuti kat sana sebab sejuk. Tenang jer bila kat sana. Walaupun sekadar satu malam kat sana, worth it.

Kami bertolak seawal 6 pagi sebab papa nak sampai awal kat sana. Nak jalan-jalan dulu sebelum check in. Sepanjang kat sini kami akan bermalam di Iris House Hotel. Perjalanan naik kami ikut Simpang Pulai. Walaupun lebih jauh dari Tapah, tapi jalan Simpang Pulai lebih elok berbanding ikut Tapah.

Reason paling kukuh, untuk mengelakkan Rayyans muntah dalam perjalanan. Sebelum ni, kami pernah ke Cameron ikut Tapah dan Rayyans berdua muntah. Alhamdulillah, kali ni tiada adegan muntah dalam kereta. Dari Simpang Pulai nak naik ke Cameron, diorang berdua layan tidur jer. Aman sikit mama kat dalam kereta.

Kali ni merupakan kali ke4 Rayyans ke Cameron tapi pertama kali bermalam.Sebelum ni cuma pass by jer cameron. First Time pada November 2009. Masa tu umur Rayyans baru 3 bulan. Time tu mama ada meeting kat Gua Musang. On da way balik tu singgah Cameron dulu. Second time plak pada November 2010 (kebetulan bulan yang sama). Masa tu plak singgah on da way balik dari Bukit Merah. 

Third time again, on November 2011. Masa tu on da way balik ke shah alam selepas cuti raya haji. Kami ikut gua musang then terus ke Cameron. Hmmm..pelik plak napa tiap kali ke Cameron seharusnya bulan November???? So kali keempat ni pecah rekod, awal sebulan, Oktober dah jejak Cameron. Mama tak perasan pun setiap kali ke Cameron bulan yang sama. Hmmm dah tengahari. Mama nak keluar lunch dulu. Nanti sambung story jalan-jalan kat Cameron.

No comments:

Post a Comment