Dalam perjalanan balik, kami singgah kat cameron highlands untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga untuk bawa mek & paksu mat kenal cameron coz diorang tak pernah sampai lagi kat sini. Ini kali kedua Rayyans ke Cameron tapi tak pernah sekalipun lg kami bermalam kat sini.
Kami tiba di Cameron bila dah tengahari. Cuaca Cameron sekarang dah tak sesejuk dulu. Dah banyak sangat bangunan-bangunan yang baru & tengah dibina...menjadikan lalulintas kat sini agak sesak. Kebetulan tengah cuti sekolah, maka teramatla ramai pengunjung kat sini.
Pada mulanya Toksu keberatan untuk naik ke Cameron Highlands bila memikirkan jalan yang bakal jem, tapi mengalah bila dipujuk oleh anak-anak sedara..heheh...tks toksu
Disebabkan perjalanan yang jauh, bende pertama yang kami cari bila sampai cameron adalah tandas. Hahahha..masing-masing tangki dah penuh.
Sambil2 tu sempatla memilih2 pelbagai jenis sayur & buah yang ada kat sini. Kat dalam kolam yang kami tengah duduk ni ada anak kura-kura. Beria si Qistina menengoknya.
Maksu + Pak Su Li + Qistina
Mama pun dah penat asyik berdukung jer..rehat jap tunggu giliran masuk tandas
Paksu Mat
Mek duduk jer..dah tak larat nak jalan katanya
sweet couple : Kak Dah & Abg Mie
Melayan anak-anak main
Mama + Papa + Rayyans
Letih jalan nampak ada orang jual strawberry coklat..singgah dulu
emm..sedapnya..Hazim tengok jer tau..Hazim kecil lagi..xleh makan lagi strawberry ni
Pusing2 beli bunga..nenek cakap rasa mcm nak beli semua jer
Dah habis shopping buah & sayur, kami gerak turun ikut tapah. Sempat lagi kami singgah kat tea boh valley untuk minum teh & makan kek...sedap sangat makan dalam suasana yang dingin. Selain tu, sempatla mama beli teh untuk dijadikan souvenier & stok untuk simpan kat umah. Sepanjang perjalanan balik, hujan sepanjang jalan...pemanduan menjadi agak lembap....jam 10 malam baru kami sampai puncak alam. Memang betul2 memenatkan, tetapi mama sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga.
p/s : esok papa kene outstation. mama plak kene gi seminar (ada yg tidur dlm seminar ni karang)
No comments:
Post a Comment