Plan kami hari ini adalah untuk singgah kat Cameron Highlands dulu sebelum bertolak balik. Jadi, sebelum keluar breakfast, kami check out terlebih dahulu untuk menjimatkan masa berulang alik dari apartment ke restoran. Kami antara orang yang terawal breakfast hari ni. Menu biasa jer..mee goeng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam n beberapa jenis kuih muih tradisional.
Rayyans breakfast dengan roti bakar, muffin & coco crunch. Mula2 makan elok jer duduk kat dalam baby chair ni..
Lepas 2, 3 suap makanan masuk mulut, dah meronta-ronta nak turun. Bila mama pagi sudu untuk dibuat main, sudu tu dibaling-balingnya.
Sambil suap Rayyans sambil suap mulut mama gak. Sejak ada anak ni tak pernah nak impikan makan dengan tenang sambil menikmati keenakan masakan..time makan mesti rush sambil nak mengawal tingkahlaku anak-anak.
Maklong & ayunie yang dah semakin baik demamnya
Toksu sekeluarga
Kat bende ni pun jadikk bergambar
Selepas breakfast kami ambil peluang untuk bergambar sekitar kawasan bukit merah ni. Masa ni air tengah surut..jd x berapa cantik sangat airnya.
Inilah ibu yang melahirkan dan membesarkan kami 6 beradik. Terima kasih mek.
Kami 3 beradik bersama mek tersayang
cinta hati mama
Rayyans with paksu..ni siapa yang pimpin siapa ni?
Maklong, paklong, amierah & ayunie
Inilah keluarga saya yang excited bercuti bersama
Seronok sungguh dapat bercuti bersama keluarga..kalau la tok ayah dapat ikut mesti lagi best. Mama puas hati dapat bawa mek jalan2. Insyaallah, jika diizinkan Tuhan, mama bercita2 untuk membawa mek bercuti setiap tahun. Walaupun destinasinya sekadar dalam negara, tetapi masa yang kami habiskan bersama amatla bermakna.
No comments:
Post a Comment