Malam tadi kami bertolak balik jam 9 malam. Nasib baik jalan tak jem teruk sangat. Kami tiba kat kampung dah pagi..sekitar jam 8 pagi. Keluarga kat kampung semua dah bangun dan tengah bersiap-siap untuk solat raya. Tahun ni cuma mama dan cikla yang dapat balik kampung. Tahun ni juga ada bakal ahli keluarga baru yang turut serta meraikan aidiladha dengan kami. Uncle Nasir (tunang cikla) beraya bersama kami.
Papa & mama plak kepala sedikit 'weng' coz tak cukup tidur. Kalau sampai awal skit dapatla kami melelapkan mata sekejap. Tapi disebabkan program hari ni amatla pack, mama gagahkan juga untuk siapkan Rayyans menyambut raya. Papa pula terus bersiap-siap untuk ke masjid.
Selepas solat aidiladha, kami terus ke rumah maksu mah untuk acara ibadah korban. Tahun ni papa ada korbankan satu bahagian lembu.
lembu yang dikorbankan
pemerhati : papa dah siap tukar persalinan
lembu ditumbangkan pakai traktor
upacara penyembelihan berjalan lancar
papa & paksu mat sempat pose dengan lembu
bergotong royong melapah lembu
Sementara papa sibuk dok melapah lembu, mama, cikla, nenek & Rayyans dok melepak kat umah maksu mah sambil makan biskut raya...hehehe
Hazim with cikla
Cikla pose with pelamin anak maksu mah yang akan bersanding esok
Hadif dah stat 'mengemas' umah orang
Tengah hari baru la papa siap aktiviti pelapahan lembu tu. Kami bawak balik satu bahagian daging untuk dimasak dan dijamu kepada jiran tetangga. Papa cakap budaya korban kat kelantan berbeza dari tempat lain. Kalau kat tempat lain, lembu akan disembelih di masjid. Tetapi di kelantan, lembu disembelih di mana2 sahaja..kebiasaannya lembu tu akan disembelih di rumah tuan lembu tersebut. Kemudian penduduk kampung akan bergotong royong melapah daging lembu tersebut.
No comments:
Post a Comment