Saturday, November 6, 2010

Bukit Merah Lake Town Resort : Day 1

Agak lama mama tak bawa nenek bercuti. Kali terakhir kami bercuti satu keluarga pada tahun 2009..ketika mama mengandungkan Rayyans. Alang2 nenek dah ada kat sini, mama plan nak bawa nenek bercuti dan merehatkan fikiran di Cameron Highlands tapi tak dapat nak book hotel..semuanya dah fully booked. Plan changed, kami akan ke Bukit Merah plak..alhamdulillah mama dapat booked apartment..maklong & toksu pun ikut serta, tak nak lepas peluang bercuti bersama keluarga. Toksu bertolak dari Teluk Intan dan kami telah berjanji untuk berjumpa di Bukit Merah.
Pagi2 lg mama dah bangun masakkan bubur nasi untuk Rayyans..sebagai bekalan sepanjang perjalanan nnt. Kami bertolak awal pagi..janji untuk jumpa maklong kat RnR Rawang jam 8 pagi. Kami terpaksa gerak awal coz perjalanan ke Bukit Merah agak jauh. 
Semasa berhenti kami berkesempatan untuk breakfast terlebih dahulu...kami makan mihun goreng yang maklong masak & bawak dari rumah. Bila dapat makan sekeluarga mcm ni, makan apa pun terasa teramatla sedap...lebih2 lagi bila bonda tersayang ada di sisi.
Rayyans plak mama suapkan bubur nasi yang mama masak sebelum bertolak tadi. Rayyans sekarang memang kuat makan..jd mama kena bawak bekal untuk elakkan Rayyans meragam sepanjang perjalanan.
Perjalanan ke bukit merah memakan masa hampir 5 jam. Kali ni paksu jadi pemandu kami. Dapatla mama relax skit...Hadif dok ngan papa kat seat depan. Hazim plak menempel ngan mama kat seat belakang. Akibat perjalanan yang agak jauh & kekenyangan, akhirnya Rayyans tertidur sepanjang perjalanan.
Kami tiba di bukit merah sekitar jam 1 tengahari dan terus check in ke apartment. Masing-masing ambil peluang untuk merehatkan dan menyejukkan badan. Kaum2 bapa pula sibuk mengangkut barang-barang dan bekalan yang kami bawa. 
Rayyans pula, masuk jer apartment, terus terkam ke fius elektrik. Budak berdua ni suka sangatla main fius ni...kat bilik ni plak fius kat tempat yang rendah. Suka sangatla Rayyans asyik buka tutup fius tu. Sampai mama pun dah tak larat nak marah..redha jer la.
Malam tadi nenek dah masakkan nasi impit kuah kacang untuk lunch kami semasa kat bukit merah. Nasi impit kuah kacang ni adalah feveret food cucu sulung nenek, aisyah amierah. Kakak mierah awal-awal lagi dah request kat nenek suruh masakkan nasi impit. 
Bila dah berada kat apartment yang sejuk ni, perut mula la bernyanyi minta diisi balik. Masing-masing ambil peluang untuk mengisi dan mengenyangkan perut dengan mihun goreng dan nasi impit. Nyum nyum...bila dapat makan masakan mak mula la tak ingat dunia.
Papa yang cuma jadi co-pilot hari ni pun bila makan tak toleh kiri kanan.
Mama pula sibuk suapkan bubur nasi untuk Rayyans.
Selepas makan kami plan untuk mandi kat bukit merah theme park. Kids semua dah excited bila dengar nak mandi manda. 
Sebelum keluar, mama terlebih dulu tukarkan baju Rayyans...pakaikan baju mandi. Risau juga takut Rayyans terkencing dalam kereta nanti. Tak pasal-pasal semerbak bau kereta.
Mama pun siap tukar baju dari rumah. Leceh kalau nak tukar kat water park nanti. Takut orang ramai sangat. Lepas semua dah tukar baju, barula kami keluar ke waterpark. Nasib baik orang tak ramai sangat, x perlu nak beratur panjang untuk beli tiket.
kat depan pintu masuk
Ayunie yang tak berapa sihat..muram jer sepanjang masa
decoration deepavali
Dua hensem boy mama..suka sangat bila mama lepas jalan sendiri
Amierah & ayunie
 Beratur nak masuk taman air
 Nenek
 Maklong
Paklong

Bila dah terpandang taman air ni, Rayyans mula la tak boleh nak dipegang. Asyik menuju ke tempat air jer. Ini kali pertama mama bawa Rayyans ke taman tema air. Kalau Rayyans buat perangai elok dan tak meragam, lepas ni boleh la mama bawak Rayyans ke taman tema air yang lain pula. Mama ada banyak sangat gambar yang nak dikongsikan bersama...kita layannn dulu.
 suka sangat bila dapat main air..mula2 pakai pelampung dulu
 pastu pelampung ntah kemana dah. Hadif siap berjalan dalam air ni
 mama pun seronok gak.
 kecik2 dulu mama tak berpeluang main gelongsor ni..hehehe
 Kami sekeluarga yang takkan berpisah hingga hujung nyawa
 Four is a magic number
 Dua-dua nak dukung dengan papa
 Maklong with anak-anak dara, amierah & ayunie
 Papa pun tak lepas peluang untuk main gelongsor juga
 Hero mama, Hadif 
Asyik melayan kerenah anak-anak yang seronok main air, tak sedar hari dah nak petang. Hujan pun dah mula rintik-rintik. Kami ambil keputusan untuk berhenti dan tukar persalinan. 
Toksu tiba ke bukit merah sesudah kami mandi manda..tak dapatla Qistina join kembar main air. Perut pun dah mula berbunyi balik...lapar setelah sepetang bermain air. Sebelum balik, kami berkesempatan mengalas perut terlebih dahulu. Alangkah seronoknya kalau Tok Ayah pun ada sekali..tp nak buat macam mana, tok ayah bekerja dan tak dapat nak bercuti. 
Selepas makan, kami balik ke apartment untuk merehatkan diri. Rayyans yang kepenatan terus tertidur...letih sangat agaknya main air. Sebelah malamnya, maklong sekeluarga, toksu sekeluarga & paksu mat keluar pusing-pusing sekitar bukit merah. Papa pula keluar cari dinner untuk kami. Mama plak stay kat apartment ditemani nenek...tak dapat nak keluar sebab Rayyans dah tidur.

No comments:

Post a Comment