Monday, October 15, 2012

Bharat Tea Plantation

Last day kat cameron...huhuhuhu...tak puas la cuti. Plan hari ni nak ke bharat tea plantation then patah balik turun Simpang Pulai. On da way balik tu nak singgah-singgah shopping barang seketul dua sayur.

Sejuk sangat pagi ni. Kabus tebal gila. Kalau ikut hati malas nak bangun. Nak bermalas-malasan dalam selimut jer. Tapi Rayyans ni bukan reti bangun lambat. Pukul 6.30 pagi dah celik mata. Terpaksalah cekalkan hati buka mata. Sebelum mandi, breakfast dulu. Makan roti cicah air milo jer. Nak keluar beli makanan malas.

Pas breakfast terus bersiap-siap. Kami terus check out. Malas nak buang masa keluar masuk hotel balik. Rayyans pun dah tak sabar-sabar nak jalan-jalan. 

Bila tengok gambar ni feeling lain macam sikit. Dah besar dah anak mama. Dah pandai pakai kasut sendiri. Tak lama lagi semua benda dah boleh buat sendiri. Tak perlu pertolongan mama lagi dah :(

Bye bye bilik 202. Pasni entah bila lagi kami akan jejak kaki kat sini. 

Check out time

Dah nak balik baru terhegeh-hegeh nak posing mama ni.

Destinasi pertama adalah ke Bharat tea. Bukan untuk menjelajah ladang teh ye...tapi untukkkkkkkkk

Makannnnnn.....setiap kali datang rugi rasanya kalau tak minum teh kat sini. Mama suka masala teh. Sedap..lemak berkrim. Pastu makan plak brownies aiskrim tu. Setakat sepotong brownies tu untuk tekak Rayyans jer.

Disebabkan tadi breakfast dengan roti ker, which is tak cukup untuk menampung perut mama ni, weols order spagethi ayam. Taste? Sedap lagi yang mama masak kot. Tapi bila kat sini semua makanan rasa sedap. Sebabnya kita makan dalam suasana yang nyaman dan tenteram.

Tu dia...licin pinggan papa makan tak toleh kiri kanan. Nasib baik anak tak hilang dalam celah-celah pokok teh.

Lepas makan, kami terus turun ke Simpang Pulai. On da way balik, singgah menyinggah beli apa yang patut. Nak tau apa yang mama borong kali ni?

Sudah semestinyalah buah strawberry yang pelbagai saiz ni.

Sayuran pelbagai jenis yang segar bugar ni harganya 16 peket for RM10. Murah gila. Rambang mata. Kalau tak fikir mama ni cuma masak hujung minggu jer, rasa cam nak borong banyak-banyak. Tapi bila mengenangkan next week baru mama akan masak, sayang plak layu sayur ni karang.

2 pasu bunga ni harganya RM22. For me, harganya agak mahal. Kalau kat sg buloh mama boleh dapat 2 pasu dengan harga RM10. Tapi gatal konon nak ada kenangan beli kat Cameron, so beli la jugak. Ni tunggu next week baru boleh transfer ke pasu besar.

Pastu gatal tangan gi beli teh perisa lemon, strawberry dan blackcurrant. Entah tahun bila la baru habis minum teh ni. Dah la jarang-jarang minum teh. Hujung minggu pun asyik minum yang 3 in 1 tu jer. 

Dah habis shopping tu bermulalah perjalanan balik ke shah alam semula. Sepanjang jalan hujan turun dengan lebat. Kabus tebal gila. Bye bye cameron. Panjang umur ada rezeki lebih Insyaallah kami sampai lagi. 

No comments:

Post a Comment