Thursday, October 11, 2012

Rose Centre

Cameron ni, setiap kali mama datang mesti ramai orang. Tak kiralah time ni bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Bas beratus dok parking kat tepi jalan. Kebanyakkannya rombongan pelajar sekolah. Kalau time cuti sekolah dah tentulah lagi ramai pengunjung. 

Next pit stop adalah kat rose centre. Yang susahnya bila ramai pengunjung ni, tempat parking adalah very limited. Jalan pun dah start jem sebab masing-masing dok parking kat tepi jalan. Cuma tu jer ruang yang ada untuk meletak kenderaan.

Langit Cameron dah start mendung. Harap-harap janganlah hujan turun sebab kami nak jalan-jalan cuci mata dulu. Esok senang, sebelum balik terus tuju kat tempat yang dah marked awal-awal.

Geram betul tengok buah strawberry ni. Kat kepala ni dah berkira-kira nak beli banyak-banyak, pastu balik shah alam nanti nak buat strawberry cheese cake. Tapi nan hado, strawberrynya habis makan gitu jer.

Pemandangan biasa kat Cameron. Kalau bukan deretan sayuran atau strawberry, sudah tentulah deretan bantal-bantal strawberry pelbagai design ni. Comel jer tengok, tapi tak beli pun sebab takde kegunaannya untuk kami.

Then si kembar berdua ni nampak gula-gula strawberry. Dapatlah sorang seketul merasa. Kat sini banyak gak dried strawberry tu atau dengan nama lain asam strawberry. Tapi mama tak boleh makan, sebab kalau makan sure batuk tak benti.

Hujan dah start renyai-renyai. Jadi kami amik keputusan terus ke hotel untuk check in. Unlucky, ada orang plak block kete kami. Hmmm...terpaksalah menunggu sambil makan gula-gula strawberry. Tuan punya kereta kancil yang block kami tu tengah syok shopping kot. Sib baiklah tak lama menunggu. Kalau tak ada yang tukar jadi the Incredible Strawberry nanti.

1 comment: