Thursday, February 5, 2015

Milk Booster

Cita2 mama tinggi. Kalau boleh nak bagi susu badan kat hafiy sampai umur dia 2 tahun. Mama tau bukan senang nak melalui tempoh 2 tahun tu. Ada masa susu banyak. Ada masa susu tak berapa nak ada.

Mama banyak merujuk perihal penyusuan kat aunty tasya. Mama kagum ngan aunty tasya berjaya susukan anak sulongnya sampai 2 tahun. La ni anak kedua plak dah disusukan lebih dari setahun.

Atas nasihat aunty tasya supaya mama kerapkan pam dan start simpan stok susu untuk kegunaan masa depan. Kalau boleh mama nak tiru dia. Stok susu banyak gila sampai kena beli deep frezer untuk simpan susu.

Lama kelamaan production susu akan makin berkurangan. Time tu plak anak menyusu makin banyak. So ada kemungkinan production susu tak mencukupi. Jadi kena simpan stok dari awal sebagai back up time darurat nanti.

Untuk membanyakkan susu, mama minum milk booster umma lacto. Mama cuma berusaha selain dari berdoa semoga Allah makbulkan doa mama untuk menyusukan hafiy hingga umur dua tahun.

Selain tu mama juga minum susu anmum lacta iaitu susu formula untuk ibu2 yang menyusukan anak. Semoga usaha kecil mama ni akan membuahkan hasil.

No comments:

Post a Comment