Hari ni mama gantung kuali sebab gigi berdenyut tak kuasa nak masak. Pastu si kembar plak tengah mode diet sekarang ni. Lepas appointment klinik tadi mama, papa n hafiy dah makan kat Burn Cafe jadi tengahari tak lunch sebab dah kenyang.
Pastu petang mula la perut berkeroncong. Ditambah dengan cuaca panas ni makan cendol sedap jugak.
Wala cendol ni dekat je ngan umah kami. Lokasi dia kat tepi sungai Kuala Ibai.
Best..sambil makan boleh menikmati pemandangan.
Kuyu jer rasa mata melayan angin tepi sungai.
Meh tengok apa menu yang ada kat sini.
Mama makan laksam..nampak x belacan seketul atas pinggan tu.
Twin makan nasi goreng ikan.
Cendol durian dan cendol mangga. Sejuk jer terasa dekat tekak makan time2 cuaca panas.
Kami order jugak keropok lekor 2 set. Sedap keropok lekor ni terasa ikannya.
Pokok bakau di sepanjang sungai Kuala Ibai.
Wala Cendol
1165C, Jalan Taman Purnama
Kuala Ibai
Buka: 1.00 pm to 7.00 pm
Jumaat: 2.30 pm to 7.00 pm