Saturday, October 6, 2018

Dinner Lauk Kampung

Lepas semua siap mandi, kami ke rumah anak sedara papa, pak yusuf. Rumah dia tak jauh pun dari hotel. Dalam 20 minit perjalanan. Mama tak pernah lagi datang rumah pak yusuf. Kalau jumpa pun masa kenduri sedara mara je.

Pak yusuf ni sebaya jer dengan papa. Dah lama dia dok ajak gi umah. Kalini kebetulan kami ke ipoh so singgah la umah dia. Diorang dah siap2 masak makan malam untuk kami. Tengok tu anak bujang dah get ready kat meja makan. Dah lapar sangat ke tu.

First time mama makan menu ni. Diorang panggil mandai. Kulit dan jerami cempedak dijeruk, pastu goreng garing. Then tambah ikan bilis goreng garing beserta bawang dan cili goreng. Sedap jugak rasanya masam2 manis masin.

Ha ni feveret mama, ikan pekasam. Ada lauk ni sahaja pun dah cukup. Ikan pekasam ni diorang buat sendiri tau. Katanya ikan ni dah dipekasamkan dari bulan puasa aritu. 

Gulai ikan jenahak. Spontan je hafiy minta gulai ni dia cakap 'pa nak ikan mahal tu'. Macam tau2 jer ikan ni mahal. Selalunya kalau dia nak minta lauk ikan dia akan cakap nak ikan duyung.

Alhamdulillah kenyang kami anak beranak makan. Bertambah2 mama makan sebab ada tomyam dan ikan pekasam. Esok sebelum balik pun depa minta suruh datang makan lagi.

No comments:

Post a Comment