Birthday hafiy actually on 27/1 tapi celebration dilambatkan sebab nak tunggu orang2 jb datang puncak alam. Mama dah apply cuti sebab esok kami akan bergerak ke cameron highlands.
Birthday hafiy jatuh masa raya cina. So ciknik n uncle is kebiasaannya cuti selama seminggu. Dah few years diorang akan datang ke puncak alam untuk bercuti. Last year masa birthday hafiy kami buat bbq.
Awal2 lagi mama dah plan nak celebrate birthday hafiy. So gigihlah ciknik beli belon dan peralatan untuk hias rumah bagai buat anak sedara kesayangan.
Pagi2 everybody sibuk tiup belon dan hias rumah. Mama pulak bz memasak kat dapur. Menu hari ni adalah nasi minyak dan ayam masak merah. Masak yang simple2 aja.
Topi, mask ni semua ciknik beli kat jb. Kalau harap mama tak sempat nak mencari party packs ni semua. Mama bz menguruskan hal masak memasak.
Birthday boy dah ready ni. Adik, selamat hari lahir yang kedua tahun. Mama doakan adik sentiasa di bawah rahmat Allah. Semoga adik beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Birthday boy minat sangat dengan kartun didi n friends. Jadi mama tempah kek ni dengan orang puncak alam. Mama dah biasa order kek kat orang ni. Perisa kek adalah vanilla.
Sambutan hari ni juga untuk meraikan birthday poksu yang ke 30 tahun pada 1 januari. Kek poksu tu mama tempah dengan orang yang sama.
Birthday boys. At the moment, both adalah anak bongsu. Hafiy anak bongsu mama (boleh percaya ke ni?) dan psu anak bongsu nenek.
Birthday boy tak sabar2 nak potong kek. Dari tadi dia dok usha gula2 kat atas kek tu. Tu sebenarnya menjerit sebab mama pegang tangan dia nak mencapai gula2.
Sabar ye dik. Kita potong kek ni dulu. Pastu bolehlah adik nak amik gula2 pun.
Mama with bodyguards. Abang jeles jugak sebab masa birthday diorang last year mama tak buat macam ni.
Alhamdulillah segala yang dirancangkan berjalan lancar. Walaupun majlis yang simple sahaja, itu sudah memadai buat keluarga kami.
Tetamu2 yang datang. Semuanya ahli keluarga terdekat. Kakak2 3HR tak dapat datang sebab mama buat majlis during weekday.
No comments:
Post a Comment