Monday, December 12, 2016

De Palma Eco Resort: Part 2

Budak2 dah tunjuk muka monyok sebab after check in hujan selebat lebatnya. Niat nak berendam dalam kolam terbantut.

After asar barulah mentari muncul lagi. Dah terkinja2 semua nak tukar baju mandi. Lama sangat kot tak bawa diorang mandi2 kolam.

Dapat anak tiga2 suka main air. Kolam bahagian budak2 ni ada gelongsor simen. Rayyans panggil gelongsor kembar.

Berulang kali si kembar dok menggelongsor. Masa kami turun kolam orang tak ramai lagi. Rayyans boleh conquered slide.

Depa dua orang berlawan sapa paling awal sampai dalam air. Kenmain seronok lagi abang2. Adik ketap bibir xleh main sama.


Kids pool ada dua bahagian. Belah gelongsor sesuai untuk budak2 baya rayyans. Belah satu lagi sesuai untuk budak baya hafiy sebab air takat buku lali mama.


Mama boleh lepas hafiy main sendiri. Kenmain seronok dia berenang keliling kolam. Tapi kejap jer pastu mulala nak menyeberang ke sebelah sana. Belah sini tak mencabar ye dik.

Teringin nak main gelongsor jugak si kecik ni. Papa nak pegang tangan pun tak bagi. Tertonggeng dalam kolam tu baru tau.

Puas 4 beranak mandi kolam. Mama jer tak join. Setakat celup2 kaki jer. Harap2 malam ni diorang tido lena sebab dah penat mandi kolam.

No comments:

Post a Comment