Tahun ni sekali lagi kerajaan selangor bagi cuti umum sempena hari anniversary kami yang kelapan (Walhal cuti umum sebab bday sultan selangor).
Sempena anniversary, kami bercuti dekat2 dengan rumah jer. Malas nak drive bila cuti sederet. Kat Malaysia ni confirm semua jalan jem.
Kali ni dekat betul bercuti. Drive tak sampai pun sejam. Kami ke hotel de palma eco resort kuala selangor.
Reason mama pilih de palma selain dari sebab dekat, adalah kerana swimming pool. Budak2 ni kalau dok hotel takde swimming pool macam tak bermaya rasanya.
Nasib baik dapat bilik kosong. Almaklumlah, mama suka wat kerja last minute booking. Tapi bilik yang available cuma superior twin. Xpe kita boleh bentang toto bagi anak2 tidur.
Konsep bilik2 kat sini adalah chalet. Kami dok bilik yang cantum dua rumah. Kalau family ramai bolehla book dua bilik terus sebab ada connecting door.
Harga untuk semalam rm210. Bilik triple sharing harga lebih murah, rm200. Bilik superior lebih mahal sebab dekat dengan kolam renang.
Tv lcd ada disediakan tapi channel cuma yang asas jer. Astro takde. Malam quite boring sikit la after budak2 tidur.
Bilik air bersih. Ada hot shower jugak. Air laju. Mama perasan lantai dan bilik air tiles macam baru. Agaknya diorang baru lepas renovate bilik ni.
So far, ok la dok sini. Xleh nak aspect tinggi la sebab dia lebih kepada eco resort. Sapa pencinta alam sekitar sure suka. Monyet memang banyak kat sini.
No comments:
Post a Comment