Wednesday, December 19, 2012

Vivaku Sayang

Lama betul tak bersiaran. Maklumlah, kena outstation ke Kelantan dan merangkap bercuti ke kampung halaman. Hari khamis mama ada site visit kat pantai sabak dan pantai kemasin. So malam rabu tu mama gerak balik kelantan. Kalau ikutkan boleh naik flight, tapi sebab lepas site visit tu mama sambung cuti, so better drive jer.

Kami gerak dari Puncak Alam pukul 9 malam. Pastu kami berhenti isi minyak kat petronas lentang. Nak dijadikan cerita, tetiba kereta keluar asap dari bonet. Memang gabra gila tetengah malam buta tetiba kereta berasap. Papa terus drive ke tepi jalan. Buka bonet check apa yang patut (macamla terer sangat pasal kereta ni).

Di saat kami kebuntuan, Allah hantarkan bantuan untuk kami. Kebetulan kereta peronda lebuhraya lalu dan singgah bertanya apa masalah kami. Then, peronda tu (En Hashim kalau x silap namanya) bagi no mekanik. Immediately, papa call mekanik tu. Tak sampai 30 minit diorang sampai. Rupanya motor kipas aircond dah rosak. So kena la ganti dengan motor baru. 

Dekat pukul 1 pagi barulah mekanik tu habis merepair kereta kami. Syukur, kereta bleh jalan balik. RM380 melayang (habis duit shopping mama). Apapun kami bersyukur sebab kereta breakdown kat tempat terang dan ramai orang. Buatnya breakdown kat hutan belantara camne? Pastu berterima kasih juga dengan peronda lebuhraya yang begitu efisien cuba selesaikan masalah kami. Paling penting, abang-abang mekanik yang bersusah payah betulkan kereta dalam cahaya yang samar-samar. Definitely, no fon mekanik tu akan ada dalam phonebook kami. Persediaan jika berlaku kecemasan lagi selepas ni.

No comments:

Post a Comment