Saturday, December 8, 2012

Main Pondok - Pondok

Hari ni genap umur Rayyans 3 tahun, 4 bulan. Next year dah masuk 4 tahun. Ramai yang tanya bila nak start hantar Rayyans ke sekolah. Mama dan papa decided hantar bila umur diorang 5 tahun. Rasanya belum terlambat lagi. Biar diorang enjoy zaman kanak-kanak dulu.

Mulut diorang berdua ni makin laju dah. Bercakap macam bertih. Sometimes perkataan yang keluar dari mulut diorang tak dijangka. Samapi boleh buat mama terfikir, eh anak aku tau perkataan ni. Kalau dalam kereta, bila jalan tu x berapa familiar, diorang akan tanya "kita kat mana ni papa or kita nak pergi mana ni papa"....sambil mata melilau tengok kat luar.

Walaupun mainan diorang ni dah banyak gila, still masih lagi main dengan kerusi meja makan. Meja makan ni adalah hadiah dari ofismate mama sempena perkahwinan mama, 4 tahun lepas. Set meja makan ni ada kerusi ni 6 biji. Tapi sekarang ni dah tinggal 3 biji jer. Yang lain seme kaki dah patah disebabkan diorang dok tolak terbalikkan kerusi ni. Nampak gaya papa kena belikan set meja makan yang baru.

Last week diorang ikut mama gi speedmart. Mama nak beli susu jer. Tapi bila dah nampak mainan, jangan haraplah boleh keluar tanpa membeli. Kali ni diorang dah pegang pancing.  

The two bertungkus lumus nak pancing ikan tu. Tapi nan hadolah melekat. Last-last mama yang kena letak ikan tu kat mata pancing. Tapi sekejap jer diorang pancing ikan, bila dah bosan batang pancing tu buat ketuk orang.

No comments:

Post a Comment