Saturday, December 22, 2012

Asmah Tunang

Lepas breakfast kami terus ke rumah mak ngah kat kg Pachakan. Hari ni anak ketiga mak ngah, Asmah (sepupu mama) akan bertunang. Kami kena rush sebab nak sampai sana sebelum rombongan lelaki datang.

Sampai-sampai jer umah mak ngah terus makan pulut kuning inti kelapa manis ni. Pulut kuning pun dah lama mama tak makan. Kebiasaannya kat Kelantan, kalau ada kenduri memang pulut kuning ni jadi sarapan pagi untuk jamu jiran-jiran yang datang menolong.

Setel makan pulut kuning, nenek keluarkan pula crepe durian. Kat kg pun memang tengah glamer crepe durian ni. Bezanya crepe kt sini ngan kat kampung, cream dan durian tu digaul sebati. Kalau kat sini cream dan isi durian disusun berlapis.

Alkisahnya, mak ngah minta tolong nenek tempahkan kek tunang ngan orang kampung kami. Masa nenek gi amik kek tu pagi tadi, akak tu bagi sebungkus crepe durian. Kiranya promotion la ni.

Tepat jam 12 tengahari, rombongan pengantin lelaki seramai 10 orang sampai. Tunangan Asmah ni orang Ampang. Malam tadi diorang bertolak dari Ampang ke Kelantan. 

Upacara perbincangan antara dua belah pihak berjalan lancar. Kata putus dicapai, tempoh pertunangan selama setahun. Kemudian, emak pengantin lelaki menyarung cincin tanda puteri sudah diikat.

Selesai menyarung cincin, tetamu dihidangkan dengan juadah tengahari. Selepas majlis pertunangan ini, pihak rombongan lelaki akan terus bertolak balik ke KL semula.

Menu ringkas yang dihidangkan, gulai ikan masin dengan nenas, ikan kering goreng, acar timun, ayam masak merah, kerabu sarang (rumpai laut) dan agar-agar. Di harap hidangan ni dapat memuaskan hati pihak lelaki. 

Newly engaged, Asmah dan Rizmi. Tempoh pertunangan ni sangat mencabar. Semoga diorang dapat menempuh segala dugaan yang bakal mendatang.

Selepas rombongan balik, turn kami plak bergambar sampai lebam. Hazim tak kasi chance mama nak posing ngan bakal pengantin. Mama doakan semoga dipercepatkan dan dipanjangkan jodoh Asmah dan Rizmi.

No comments:

Post a Comment