Wednesday, December 19, 2012

Dynasty Inn

Lepas jemput Zul, kami terus masuk bandar KB balik untuk check in hotel. Kali ni kami stay kat Dynasty Inn kat Jalan Sultanah Zainab. Kalau ikutkan, dekat jer KB dengan Pengkalan Chepa. Nak dijadikan cerita, kami boleh tersesat tak jumpa hotel tu kat mana. Mama ni nama jer orang Kelantan, tapi failed bab-bab jalan kat KB ni. Tu dah siap print peta jalan but still sesat gak. 

Bila dah jumpa jalan plak, kebetulan orang balik kerja, jalan jammed gila-gila. Tambah plak dengan hujan lebat, lagi la jammed. Dekat maghrib baru kami boleh check in. Bilik 308...malam ni kami bakal bermalam kat sini.

Dynasty Inn ni bukanlah hotel baru, tapi dah direnovate agaknya. Cat kat dinding masih baru, cantik kaler putih n pink. Perabot kat dalam bilik nampak masih baru. TV pun pakai flat screen. *Sila abaikan seluar tergantung kat kerusi dan meja yang bersepah tu*

Iron dan iron board ada disediakan kat dalam bilik. Cuma yang kurengnya takde almari. Kat dinding ada hook dan hanger untuk gantung baju.

Bilik air pun not bad, bersih. Toilet ada paip air. Sabun dan shampu pun ada disediakan.

Kami dapat bilik yang ada dua katil single. Tapi tak boleh dirapatkan sebab meja telefon tu tak boleh dialihkan. Rayyans bila masuk hotel benda pertama yang dimain mestilah telefon. Nak sorok takde almari plak.

Lepas check in kami relax-relax jer kat bilik. Pukul 9, Zul ajak dinner kat restoran berdepan dengan hotel. Tapi disebabkan hujan lebat, papa malas nak bawa Rayyans keluar. Kebetulan, staf Jabatan Audit pun tengah dinner kat situ juga. Jadi, mama n Zul join diorang dinner sesama. Balik dari dinner, dua-dua dah tertidur. Papa cakap diorang nangis after mama keluar then terus tertidur.

No comments:

Post a Comment