Sunday, December 9, 2012

Nursery

Pas breakfast, kami lalu kat jalan Sg Buloh - Subang. Papa nak singgah kat nursery. Nak cari pasu bunga untuk transfer anak benih cili yang membiak dengan maju jaya.

Kat sini memang berderet nursery. Kena rajin menyinggah dan tawar menawar kalau nak dapat harga yang murah. Mama berkenan sangat dengan bunga yang gantung-gantung tu. Tapi kat rumah takde tempat nak gantung macam tu.

Masuk-masuk jer dalam ni, ada water fountain. Anak mama ni memang pantang jumpa air. Pit stop la kat sini dulu. Siap basuh-basuh tangan lagi. Entah air tu bersih ke idak le teman tau.
Papa sibuk dok tawar menawar dengan pekerja nursery ni. Padahal nak beli pasu bunga jer pun. Kat sini ada macam-macam jenis pasu bunga. Rambang mata dibuatnya.

Selain pasu bunga, ada gak barang-barang perhiasan taman yang diperbuat dari seramik. Si kembar terpegun tengok banyak kura-kura bersusun kat atas rak.

Sudah semestinyalah diorang akan mengamuk nak kura-kura tu. Beli yang kecik jer ye anak-anak. Seketul RM5. Kalau yang besar tu bangkrap mama nak beli sorang satu.
Hadif, inilah itik. Haippp....jangan usik. Jatuh pecah nanti. Tak pasal-pasal papa kena bayar gantirugi. 
Hasil tuaian kat sini. Pasu plastik 10 ketul, baja bunga dan penyembur racun. Bunga ros mama tu dah rongak kena serang dengan belalang. Tunggu ko belalang, akan ku hapuskan ko nanti.

Sebelum balik, Hazim ni nak berposing depan pokok bunga. Tapi disebabkan cuaca agak panas dan silau, tu yang mata ke bawah jer tu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment