Friday, December 14, 2012

Outstation

Last week mama ada cerita yang mama kena outstation ke Pahang selama 3 hari. Dari hari rabu hingga jumaat mama kat sana. Hari rabu mama dan bos kecik, zul bertolak dari shah alam pukul 12 pagi. Kami terus ke kuantan. Sepanjang 3 hari kat sana kami akan tinggal di hotel Shahzan Inn.

Pukul 5 petang kami tiba kat kuantan dan terus check in. Perjalanan selama 5 jam sedikit memenatkan, walaupun bukan mama yang kena driving. Aktiviti site visit akan bermula esok hari. So hari ni mama amik peluang merehatkan diri. 

Shahzan Inn ni rasanya bertaraf 3 bintang jer. Boleh dikatakan hotel lama coz perabut-perabut dia pun nampak sedikit usang. Tapi mama tak kisah sangat. Janji bilik bersih dan katil tu masih selesa untuk tidur la.

Paling penting, bilik air mesti bersih. Mama syukur gak sebab mama dapat bilik air yang ada batang paip. Kebanyakkan hotel sekarang ni mana ada batang paip. Nak basuh selepas menunaikan hajat cukup payah. Unlucky, Zul dapat bilik yang takde batang paip. Terpaksalah guna gayung jer. Seksa...

Then, malam tu Zul belanja mama dinner. Makan kat restoran Monrods Kitchen. Tengok keadaan macam restoran berkelass jugakla. Tapi sayangnya, lain yang mama order, lain yang dapat. Mama order spagheti arabiata tapi dapat spagheti bologneise. Disebabkan perut dah lapar, belasah jer la. Nasib baik rasa sedap.

Zul makan sirloin stik. Nampak cam banyak, penuh pinggan. Tapi sayur jer yang banyak. Daging tu seketul jer. Kalau takat perut mama memang takkan kenyang kot. Hahaha..

Keesokkan paginya, mama ke site yang pertama kat Rompin. Perjalanan dari kuantan ke rompin makan masa 2.5 jam. Site tu dekat Summerset resort. Sekarang resort tu dah ditutup berikutan masalah hakisan yang teruk sehingga meruntuhkan chalet-chalet kat tepi pantai. Kat tempat orang-orang (termasuk mama) berdiri tu sepatutnya ada tambakan pasir. Tapi pasir tu semua dah terhakis.

Kemudian kami ke site yang kedua kat Kuala Pahang. Perjalanan dari rompin ke kuala pahang makan masa hampir 2 jam. Kat sini mencabar sikit, kami kena naik bot untuk ke tapak projek.

Yang bestnya time ni air tengah surut. Jeti plak tinggi melayut dan takde tangga. Memang mencabar minda betul nak turun ke bot tu. Kami kena panjat tong ikan hokayyy...masa tu dalam hati memang berdoa janganlah tergelincir jatuh dalam air. Dah turun tu, kena plak menapak ke bot nun yang hujung sekali tuh.

Selamat juga akhirnya rombongan kami semua naik bot menyusuri kuala sungai pahang. Pihak JPS dan kontraktor bawa kami pusing-pusing sekitar tapak projek pengawalan hakisan di kuala pahang yang melibatkan pembinaan breakwater.

Selepas 'makan angin' atas bot, satu hal lagi bila nak 'mendarat'. Again, jeti tu tinggi melangit jer rasa bila time air surut ni. Seksa mama nak memanjat naik ke jeti. Memang mencabar gila-gila rasanya. Masa ni la terjadi satu tragedi. Masa mama tengah panjat tu, tali beg tersangkut dan putus. Nasib baik mama sempat sambar beg tu dari jatuh dalam air.

Inilah salah satu breakwater yang dimaksudkan. Sekarang ni pembinaan telah memasuki fasa yang kedua. Panjang breakwater ni lebih kurang 2km. Bayangkan mama jalan sampai nun ke hujung sana. Esoknya, peha mama rasa sakit berketul-ketul. Dah lama tak exercise kan.

Setelah berpenat lelah kat tapak projek, pihak kontraktor bawa kami ke site office yang besar gila ni untuk jamuan petang. Nampak tak beg kat tangan mama tu talinya dah putus?

Terima kasih kepada pihak Jabatan Audit Negara, JPS dan kontraktor yang beri layanan dan kerjasama yang baik untuk kami. Next week mama akan outstation ke Kelantan pula. Kali ni mama akan melawat ke pantai sabak dan pantai kemasin. Yang paling best, after site visit mama akan balik kampung, melawat orang tua pula. Nak best lagi, kali ni papa n anak-anak ikut mama outstation.

2 comments:

  1. Tumpang tanya.. summer set tu semuanya di tutup atau beberape chelet sahaja?

    ReplyDelete
  2. Nak tumpang tanya.. Summer set resort tu masih selamat untuk diduduki atau tak?

    ReplyDelete